Moh kita recall balik hidup aku, dari aku tadika, sekolah rendah, sekolah rendah agama, sampai sekarang sekolah menengah ni. Aku rasa kalau nak cite mesti byk, so aku rasa aku mengambil masa yang panjang dan hasilnya mesti sangat panjang dan ... yeah
Tadika
masa ni aku dah tinggal kat Shah Alam (section 19). Sebelum tu aku kat Melaka. Tadika Sayangku, yeah tadika tu sehebat namanya. Tapi bukanlah macam tadika korang, yang ada swimming pool and macam2. Tadika aku ni biasa je. Aku ingat lagi, kat dinding tadika tu ada gambar macam orang! Tapi badan dia diperbuat daripada kasut yang berbentuk huruf2. alah macam A B C tu. Aku ingat cikgu aku, nama dia Cikgu Mazlan. Rambutnya yang panjang diminyakkan dan disikat rapi ke belakang (kalau kau kena
l sorang budak laki form 5 pengawas yg sikat ke belakang, hah macam tu la rambut cikgu Mazlan)aku masih ingat, ada sorang budak perempuan, nama dia Syamimi. Dia suka tarik telinga SEMUA orang dalam kelas tu. And ada sorang budak hot nama dia Syahmi <3
Sekolah Rendah
Time sekolah rendah, aku pindah section 11, dekat2 rumah Amai. RUMAH BARU AKU NI BEST GILA! Besar gila, err sebenarnya takde ah besar mana, padang dia ah agak besar. Kalau kau nak main badminton or pape, aku rasa 6 game boleh dijalankan serentak! And kalau kau ada kenduri, kau boleh jadikan padang tu sebagai parking lot. Kalau kau nak main mercun, kau takyah risau polis sebab kau ada kawasan yang luas untuk menyorok. Kalau ada tikus mati, kau boleh tanam memane (yeah pernah jadi). Pendek kata memang selesa ah! haaaaaa Rumah ni la yang aku rasa paling byk rakam kehidupan childhood aku.
Aku takle
h nafikan, zaman muda aku mmg hebat. Aku achieve keputusan yg mcm bagus, tp keputusan tu naik turun, kadang2 bagus, kadang2 tak. Tapi itu sekolah kebangsaan.Sekolah agama aku mcm sangat konsisten! hahaha riteeee aku lompat dari kelas mcm last ke kelas pertama masa darjah 5. Masa tu aku rasa cikgu tu salah kira markah aku, or dia saje nak sabotaj aku so dia letak aku kat kelas first! Apekejadah! cheeezzz aku sgt blurr.
Aku mmg agak teruk ah masa first2, tapi lepas start kelas tambahan, aku mmg hebat! (was) Otak aku macam komputer, hampir semua soalan and jawapan aku hafal! hahaaaa. Ustaz and ustazah mmg hebat. Diorang brush aku sampai kilat, riteeeeeeee. Sebab tu aku kecewa gila sbb tak mumtaz (cemerlang) masa PSRA, ustazah ustaz aku sume pun sama terkejut. Betapa Sirah dan Akhlak telah mengganggu keputusan aku! IT WAS REALLY CLOSE!!! arrrghhhhhhh tp nak buat mcm mane, benda dah jadi kan. Aku redha, and aku pun dpt tawaran utk pergi sekolah asrama agama, tapi aku tolak sbb aku masih kecewa. (padahal aku mmg taknak pun). dah cukuplah pasal sekolah agama.
Sekolah kebangsaan, yeah aku sgt bagus masa first2, ye la semangat baru masuk sekolah kan, tapi lama2 makin teruk. haaa sekolah aku mmg nerd, kokurikulum satu benda pun tak aktif. Perjumpaan 1 bulan sekali je kot. haishhh teruk gila. Masa darjah 6 lagi ah, sume subjek seni, pjk, kh dimansuhkan sbb nak concentrate untuk UPSR, tak ke bongek! Macam mane nak belajar kalau badan tak cergas? Bukankah otak yang cerdas datang drpd badan yg cergas? i
sh ish ishyeah aku tak pernah suka sekolah tu.. muahahahhahahahaha yg best pasal sekolah ni maybe cuma air cincau yg aku selalu beli kat bilik guru (oh air tu kat koperasi SMKS7 pun ada) yeah aku rasa tu je yg terbest. Not to mention aku jadi pengawas and perkara ni telah banyak menyekat kebebasan aku. Aku pun tak tau kenapa aku jadi pengawas. Oh yeah, aku dilantik masa sekolah rendah. Tapi sekarang ni (sekolah menengah) sebab ape aku jadi pengawas? Aku pun tak tau...
Kat rumah plak, aku memang duduk bilik sorang. Maksud aku, along asrama so biasanya bilik tu aku punya la. muahahahahh And aku selalu duduk kat rumah kecik belakang rumah. Aku duduk situ dari pagi sampai malam, break kejap2 je untuk solat, makan and mandi (tu pun jarang). Macam2 aku buat kat rumah kecik tu. Aku renovate tempat tu sampai jadi tempat yg paling menggembirakan! Sebab tu aku suka duduk situ. Adik2 aku masih kecil and suka main PS2 so takde sape kacau aku.
Aku pernah kutip bunga kertas warna purple and rendam dalam air. Esoknya, air tu dah kaler purple! perrghhhh tapi busuk la air dia. hahahah Aku jugak pernah main kacang hijau and baling rata2. Lepas 2-3 hari tgk dah bercambah. hahahhaha Pastu aku petik daun byk2 la and kononnya main masak2, pastu jual! Aku lah yg masak, aku yg beli, aku yg makan, aku yg basuh pinggan, sume aku! hahahah Aku memang tak ramai kawan dulu, dalam kalangan jiran.
Dulu aku pernah gak main bola ngan jiran2 aku, tapi tu membuatkan aku penat masa malam and takleh nak buat homework, pukul 9 lebih dah tido! So mak aku suruh stop main and buat benda lain. Pastu aku jumpa aktiviti baru, tgk drama cina. hahaaaaaa Dulu selalu ada kat tv3.
Masa tu benda2 komputer ni tak reti langsung. Buta IT gila. Tapi sejak aku dah pindah Seksyen 7, sume kebahagiaan main kat rumah kecik tu dah takde. Mungkin sbb aku dah besar, kawasan dah tak luas mcm dulu dan jiran2 sume dekat so aku dah takleh lagi main mcm dulu :((
Pastu lama lepas pindah tu, ayah aku pergi bukak rumah kecik tu and simpan. Toy aku yg byk gila dulu pun dah byk kena buang. Aku sangat sedih. yeah tapi kita kena move on. Nak buat mcm mane, keadaan dah berubah, masa dah bertukar. Kita takleh nak jadi kecil sentiasa. Aku cuma boleh jadikan kenangan tu sebagai pengubat kerinduan masa lampau aku, dan jadikan kegembiraan tu sebagai penawar kesedihan masa zaman remaja dan dewasa aku nanti... Mungkin sebab ni la, korang jarang nampak aku marah, sedih or pape perasaan yg negatif. Aku cuma taknak benda remeh temeh jadi penghalang untuk aku terus merakam kenangan manis aku sepanjang kehidupan aku ni
---<@

kelakar gila blog ni!!
ReplyDeletehahahahahah
5/5
hahahah yeaaaaaah saya mmg hebat masa muda, i repeat masa muda je
ReplyDeletebgs,cerita lama menjadi iktibar!
ReplyDeletehahahahhahahaha
ahah cute pictos you have there ;)
ReplyDeleteahaaa thanks didie :D
ReplyDelete