Pada hari ini ingin saya ceritakan tentang pengalaman saya sepanjang minggu ini. Akan saya ceritakan secara "day by day", bak kata mamat saleh.
- Isnin
Saya ponteng kelas sepanjang hari. Yeah saya memamg malas dan suka lari daripada kenyataan. Sebenarnya, tanggapan itu semua adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Saya telah menjalani latihan untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat KRS untuk keesokkan harinya. Akibatnya, saya telah ketinggalan banyak pelajaran dan banyak homework tanpa mengetahui cara melakukannya telah disediakan untuk saya. Yeay terimakasih banyak kepada sesape yang terlibat. Saya tidak menyalahkan anda semua, tetapi since anda telah terlibat secara tidak langsung, terimakasih sekali lagi saya ucapkan. NEXT!
- Selasa
Pada hari ini (selasa) heh, saya telah menjalani ujian kenaikan pangkat bagi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah. Woah, perasaannya sangat tenang dan indah sekali. Sekali lagi saya ingin tegaskan bahawa ia adalah TIPU DAN TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Saya amat takut dan resah untuk menghadapi ujian tersebut. Hampir berderai air mata saya kerana terlampau takut dan gelisah. Tapi berkat kata-kata semangat daripada Boss saya, saya berasa kuat dan bertenaga kembali. Terimakasih Boss :).
Hah, sepanjang saya berada di SMK S24 (tempat ujian diadakan), saya berasa kagum melihat keindahan sekolah itu. Kalau nak dibandingkan dengan sekolah saya, heh HAMPEH bak kata mamat Ujang. Sekolah dia lawa gile weih! Hahahha sangat besar dan cantik... Perghhh rasa macam nak pindah sekolah je. Tapi kalau nak difikirkan balik, ah itu hanyalah salah satu angan-angan Mat Jenin kau, Mayah!
- Rabu
Hari ini saya tidak ponteng sekolah. Yeay! Walaupun badan saya sangat sakit dan tak bertenaga, saya kuatkan diri untuk bangun tido dan mandi. Heh. Kemudian saya terus memandu, i mean, bonda saya telah memandu kereta Honda bergayanya, menghantar saya ke sekolah. Di sekolah pula, saya menjadi sangat high dan ceria, walaupun badan saya sangat sakit, tapi bak kata omputih, pretending? hahahha dan pada masa itulah saya mendapat tahu banyak nota dan latihan yang mesti disiapkan. Hah karma kan. Bak kata JT "..what goes around comes around...". Hahaha setelah saya berseronok dua hari tanpa belajar, saya mendapat tugasan yang macam agak banyak. Terimakasih dunia....
- Khamis
Takde pape kot. NEXT!
- Jumaat
Oh pada hari ni pun, macam takde pape berlaku. Cuma pada petang dan malamnya, saya mula berasa pening. Saya tido seperti biasa dan pada esoknya, tadaaa! saya telah demam.
- Sabtu
Yeah saya demam, macam suhu badan naik, sakit tekak terbatuk-batuk, selsema, sakit mata yang teramat dan sakit-sakit badan. Perghhh rasanya, seksa sekali. Saya tidak dapat bangun hampir sepanjang hari. Selepas solat Asar lebih kurang jam 1700, saya tido sehingga pukul 1945. Perghhh saya bangun untuk solat Maghrib (ada saya mention mandi? kalau takde maknanya saya tak mandi satu hari! eh tak tak, saya mandi pagi dan tak mandi-mandi :D) Saya berasa amat lemah dan bonda tersayang telah mengajak saya turun untuk makan malam, setelah satu hari saya tak makan. Pada malam itu, saya telah membuka perisian (alah, SOFTWARE la) Yahoo! Messenger dan mendapati, yeay Boss saya online! Saya terus membuka tirai perbincangan bersamanya. Saya turut membuka Webcam saya. Setelah melihat muka saya, dia berkata "kau sakit ke mino?" ah lebih kurang mcm tu la dia cakap. Saya membalas "yeah lebih kurang la", dan kami mula rancak berbual. Dia menyuruh saya makan ubat, dan dia mula mengeluarkan cerita teh pekat, ross, dose, dan motosikal BMW Kuning. hahhahah memang seronok berchatting bersama dia. Selain dapat menghiburkan hati yang lemah dan tak bermaya, ia juga mungkin telah menyebabkan saya sihat pada keesokkan harinya! Terimakasih Boss :D
p/s: saya tahu post kali ini agak skema, tapi, ah sape kesah kan! muahahahhahhahahhahah
and btw, saya juga sayang sama kamu, my one and only sir :)
hey mino,nice entry.
ReplyDeleteapa citer ahad?
awk x seronok chat sama saya?
haha.saya paksa anda perah otak.credit ah sikit.
hahaha.nak gak.main2 jer.
err malangnya ahad masih belom berakhir hahahahahah
ReplyDeleteat least ada nama kita.
ReplyDeletecredit ah skit kan!
hahahha.
thankx btw.
at least ada nama kita.
ReplyDeletecredit ah skit kan!
hahahha.
thankx btw.
akulah super hero terhebawk! muahahahahhaa
ReplyDeletefav blog aku ni...
ReplyDeletehehehe
:">